Saturday, August 13, 2011

Bantu Murid Th 6C login akaun ZoomA

Hari ini; Ahad 14 Ogos 2011murid th 6 menghadapi ujian percubaan UPSR 2011. Kebetulan aku ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan. Setelah selesai menjawab 3 kertas, murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dengan dibimbing oleh guru-guru tertentu.
Aku mengambil kesempatan ini untuk membimbing murid-murid tahun 6C yang sekarang ini sedang dibimbing oleh Cikgu Zarina untuk berbincang soalan yang baru selesai di jawab.
Murid yang dikenalpasti belum login ZoomA dipanggil seorang demi seorang untuk diberikan username dan password. Kemudian mereka akan dibimbing untuk login akaun masing-masing.
Memandang masa untuk UPSR semakin hampir, aku menasihati mereka agar menumpukan latihan kepada 'ujian' yang telah disediakan.
Seramai 7 orang murid telah berjaya diberikan username dan password:
1. Nur Filzah - ada kemudahan internet di rumah.
2. Mohd Amsyar - ada kemudahan internet di rumah.
3. Mohd Syakir - ada kemudahan internet di rumah.
4. Nurul Atiqah  - ada kemudahan internet di rumah.
5. Nur Fatin Izzati- tiada ada kemudahan internet di rumah.
6. Nur Salsabila - tiada ada kemudahan internet di rumah.
5. Nurul Auni- tiada ada kemudahan internet di rumah.
Murid yang tiada kemudahan internet di rumah dinasihati agar menggunakan kemudahan makmal komputer yang akan dibuka setiap hari Sabtu. InsyaAllah.
Murid tahun 6 yang tinggal berhampiran Kg Rahmat digalakkan hadir ke Pusat Komputer Walid untuk akses kepada ZoomA secara percuma.
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Operasi Makmal Komputer ; Sabtu, 13 Ogos 2011

Makmal Komputer pada hari ini; Sabtu, 13 Ogos 2011. Mungkin kerana terlewat 1 jam dari yang dijanjikan, maka murid yang hadir cuma 2 orang. Janji awalnya nak buka jam 9.00 pagi. Tidur lepas Subuh sampai 9.30 pagi. Sampai di  sekolah jam 10.00 pagi. Ada kumpulan Tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan di bawah bimbingan Cikgu Hjh Siti Hajar.
Terima kasih kepada murid yang hadir.
Usage report dari jam 7.15 hingga tgh malam spt berikut:
Klik pada imej utk paparan yg lebih jelas

Thursday, August 11, 2011

LAPORAN HARIAN PENGGUNAAN ZOOMA PADA 11 OGOS 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Pemantauan penggunaan harian yang dibuat pada jam 1.00 pagi 12 Ogos 2011 menunjukkan hanya 2 orang murid tahun 6 akses latihan ZoamA. Tahniah dan terima kasih kepada :
1. Aliasyaza
2. M Syafiq Haikal.

PERLUKAH ZOOMA TERUS DIPERKASAKAN DI SKSYP1



LIHAT DAN PANDANGLAH.... (sila klik imej untuk paparan yg lebih jelas)
Hanya 26 orang murid sahaja yang telah membuat latihan lebih dari 10 kali. 67 orang murid gagal membuat latihan lebih dari 10 kali, termasuk 42 orang masih belum membuat sebarang latihan menggunakan ZoomA. TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 5, 2011

MAKMAL KOMPUTER DIBUKA SETIAP SABTU UNTUK PEMELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ZOOMA

Makmal komputer SKSYP1 akan dibuka setiap Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk tujuan memperkasakan penggunaan Portal Pemelajaran Interaktif Melalui Internet ZoomA. Pada hari Khamis 4 ogos 2011 sebanyak 50 keping surat memaklumkan perkara ini telah diedarkan kepada murid tahun 5B dan 5C.

Hari ini; 6 Ogos 2011 - 10 orang murid tahun 5 telah memanfaatkan peluang yang disediakan. Terima kasih dan tahniah kepada:
1.WAN MISKIAH BT. WAN MAHMOOD
2.NURUL NAJIHAH BT. AB. LLAH
3.NUR NATASHA NAJWA BT ZAINUDDIN
4.SITI NOR ARNIE FARAHANA BT. HASHIM
5.MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FAUZI
6.NUR AIN BT MOHAMAT ZAPIRU
7.TENGKU ALIIF HAKIMI B. TENGKU AMINUDIN
8.NOR AMIRA NATASHA BT. MOHAMAD NODI
9.NUR ANIS BT MOHAMAT ZAPIRU
10.TUAN NORLIS DALISA BT. TUAN OMAR