Portal Pemelajaran Interaktif Melalui Internet - Zoom-A mula diperkenalkan di SK Sultan Yahya Petra 1 oleh Tuan Guru Besar; Pn Hjh Noraidah bt Moner pada pertengahan tahun 2010. Untuk tujuan pengenalan PIBG telah menaja murid tahun 6 seramai 40 orang untuk menggunakan Portal Zoom-A. PIBG telah mengeluarkan belanja sebanyak RM400.00 untuk tujuan pendaftaran ini. Cikgu Ishak b Hamat telah diamanahkan untuk mengendalikan dan menguruskan permasalah Zoom-A di SKSYP1.
Pada tahun 2011, PIBG sekali lagi menaja murid tahun 6 untuk menggunakan Portal Zoom-A. Sebanyak RM450.00 telah dibelanjakan untuk mendaftarkan 45 orang murid. Murid tahun 6 digalakkan berkongsi akaun. Pada bulan Julai 2011, One Touch Education telah memberikan akaun percuma untuk semua murid tahun 6 dan sebahagian murid tahun 5.
Pada tahun 2012, Tuan Guru Besar, En Roznan b Mohd Noor telah bersetuju untuk murid-murid membiayai sendiri pendaftaran Zoom-A dan semua murid tahun 1 hingga th 6 digalakkan mendaftar, sebanyak RM10.00 seorang. Promosi pendaftaran telah dimulakan seawal bulan Disember 2011. Sehingga 1 April 2011 jumlah murid yang mendaftar ialah seramai 257 orang termasuk 10 orang murid sekolah lain. Antara murid sekolah lain yang didaftarkan dibawah SKSYP1 ialah:
1. NUR SAKINAH BT IBRAHM - SK KUBANG GOLOK, KOTA BHARU.
2. CIKGU NORMA SK SIMPANG 4 PERLIS
3. LOW YONG CHUIN - SJKC YUK CHAI, KUALA KRAI
4. MOHAMAD ATIF HUSAINI B MOHD FADLILAH - SK PENGKALAN CHEPA.
5. NUR AINUN NASUHA BT MAHAMAD IDRIS - SK SIMPANG 4, PERLIS
6. NORAIN SUHANA AFIZA BT MOHD SALLEH - SK TEMOYONG, LANGKAWI
7. MUHAMAD NADZIM B MAZLAN - SK TEMERLOH JAYA, TEMERLOH, PAHANG
8. AHMAD BURHANUDDIN B GHAZALI - SK KUALA KRAI, KELANTAN.
9.AZIZUL RAHMAN B AZIZI - SK SIMPANG 4, PERLIS
10.NUR ALYAA NAJIBAH BT MOHD FADZIL - SK SIMPANG 4, PERLIS
No comments:
Post a Comment