Ahad - 20/11/2011 di Makmal Komputer Bawah.
Syukur Alhamdulillah seramai 11 orang murid lelaki tahun 5, 12 orang murid perempuan tahun 5, 17 orang murid perempuan th 4 dan13 orang murid lelaki tahun 4 menghadiri kelas yang telah dirancang untuk selama 2 minggu.
Syukur padaMu Ya Allah kerana menggerakkan hari ibubapa yang prihatin, menggerakkan hati pentadbir yang sentiasa cakna dan menggerakkan hati hambamu ini untuk melaksanakan tugasan ini.
Kelas hari ini yang bermula pda jam 8.30 pagi baru sahaja selesai pada jam 10.30 pagi tanpa rehat. Memberi penerangan secara berterusan selama 2 jam tanpa henti rupa-rupanya satu kepenatan juga. Pinggang lengguh-lengguh dan sakit belakang mula terasa. Maklumlah usia sudah separuh abad. Setelah semua murid balik, kesempatan digunakan untuk mengemaskini blog yang telah lama tidak dikemaskini.
Program Teroka ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011 disasarkan kepada murid tahun 4 dan 5. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada murid bahawa Program ZoomA adalah satu alternatif yang mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Disamping bahan-bahan dalam Geleri A yang tidak terkira banyaknya, ZoomA menyediakan soalan yang sentiasa dikemaskini.
Hari ini, murid sempat didedahkan dengan pengendalian ZoomA dan kandunganya. Murid tahun 4 akan diberikan user id & password tahun 5 dan murid tahun 5 akan diberikan user id & password tahun 6. Diharapkan menjelang 31.12.2011 sekurangnya-kurangnya 20 latihan online akan dibuat. Pemantauan secara bertulis akan dibuat melalui Buku Rekod Teroka ZoomA yang akan diberikana kepada semua murid.
Permohonan untuk pendaftaran ZoomA tahun 2012 juga dibuka mulai sekarang. Murid telah diberikan borang yang berkenaan dan pada hari ini telah ada murid yang mendaftar. Terima kasih.
Esok, kelas akan bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Murid yang tinggal bi Kampung Rahmat dan kawasan yang berdekatan dengannya dimintaa hadir ke Pusat Komputer Walid, 1835 Kg Rahmat yang bersetuju untuk memberikan akses internet secara percuma untuk tujuan menggunakan ZoomA.