Thursday, December 1, 2011

Kelas ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011 - 20 Nov - 1 Dis 2011

PROGRAM BIMBINGAN  INTENSIF ZOOM A MUSIM CUTI AKHIR TAHUN 2011


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Kelas ZoomA Untuk Tahun 4 dan 5 yang bermula pada 20 November 2011 telah berakhir pada 1 Disember 2011, iaitu selama 10 hari. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa / penjaga  prihatin yang telah membenarkan anak tuan/puan menyertai kelas yang tersebut.

3. Demi memantapkan lagi kemahiran anak tuan/puan menggunakan Program Pemelajaran Interaktif Melalui Internet (ZoomA), anak tuan/puan ditawarkan untuk menyertai Program Bimbingan Intensif ZoomA.

Pakej Program Bimbingan Intensif ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011

Jika berminat.. klik kanan.. save image as..and print

Program Bimbingan Intensif ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011

Download borang dihttp://www.box.com/s/gaq768ugedgpqjn054bf

Laporan Penggunaan Pada 1 Disember 2011 - Murid Th 5 dan 6 2012


Tahniah kepada MUHAMMAD HAFIZ HAIQAL BIN MOHD. NAZRUL AZMAN ( 86 latihan ) dan RAJA NURAIMUNI AIMAN BT RAJA MAMAT ( 53 latihan )

Laporan Penggunaan Pada 1 Disember 2011

sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Syabas dan tahniah kepada Ahmad Imran b Ahmad Bazli Th 2 Bestari kerana sudah menyelesaikan 421 latihan/ujian menggunakan Portal ZoomA. Tahniah

Saturday, November 19, 2011

Teroka ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011 - Ahad 20/11/2011

Ahad - 20/11/2011 di Makmal Komputer Bawah.
Syukur Alhamdulillah seramai 11 orang murid lelaki tahun 5, 12 orang murid perempuan tahun 5, 17 orang murid perempuan th 4 dan13 orang murid lelaki tahun 4 menghadiri kelas yang telah dirancang untuk selama 2 minggu.
Syukur padaMu Ya Allah kerana menggerakkan hari ibubapa yang prihatin, menggerakkan hati pentadbir yang sentiasa cakna dan menggerakkan hati hambamu ini untuk melaksanakan tugasan ini.
Kelas hari ini yang bermula pda jam 8.30 pagi baru sahaja selesai pada jam 10.30 pagi tanpa rehat. Memberi penerangan secara berterusan selama 2 jam tanpa henti rupa-rupanya satu kepenatan juga. Pinggang lengguh-lengguh dan sakit belakang mula terasa. Maklumlah usia sudah separuh abad. Setelah semua murid balik, kesempatan digunakan untuk mengemaskini blog yang telah lama tidak dikemaskini.
Program Teroka ZoomA Musim Cuti Akhir Tahun 2011 disasarkan kepada murid tahun 4 dan 5. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada murid bahawa Program ZoomA adalah satu alternatif yang mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Disamping bahan-bahan dalam Geleri A yang tidak terkira banyaknya, ZoomA menyediakan soalan yang sentiasa dikemaskini.
Hari ini, murid sempat didedahkan dengan pengendalian ZoomA dan kandunganya. Murid tahun 4 akan diberikan user id & password tahun 5 dan murid tahun 5 akan diberikan  user id & password tahun 6. Diharapkan menjelang 31.12.2011 sekurangnya-kurangnya 20 latihan online akan dibuat. Pemantauan secara bertulis akan dibuat melalui Buku Rekod Teroka ZoomA yang akan diberikana kepada semua murid.
Permohonan untuk pendaftaran ZoomA tahun 2012 juga dibuka mulai sekarang. Murid telah diberikan borang yang berkenaan dan pada hari ini telah ada murid yang mendaftar. Terima kasih.
Esok,  kelas akan bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Murid yang tinggal bi Kampung Rahmat dan kawasan yang berdekatan dengannya dimintaa hadir ke Pusat Komputer Walid, 1835 Kg Rahmat yang bersetuju untuk memberikan akses internet secara percuma untuk tujuan menggunakan ZoomA.

Saturday, August 13, 2011

Bantu Murid Th 6C login akaun ZoomA

Hari ini; Ahad 14 Ogos 2011murid th 6 menghadapi ujian percubaan UPSR 2011. Kebetulan aku ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan. Setelah selesai menjawab 3 kertas, murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dengan dibimbing oleh guru-guru tertentu.
Aku mengambil kesempatan ini untuk membimbing murid-murid tahun 6C yang sekarang ini sedang dibimbing oleh Cikgu Zarina untuk berbincang soalan yang baru selesai di jawab.
Murid yang dikenalpasti belum login ZoomA dipanggil seorang demi seorang untuk diberikan username dan password. Kemudian mereka akan dibimbing untuk login akaun masing-masing.
Memandang masa untuk UPSR semakin hampir, aku menasihati mereka agar menumpukan latihan kepada 'ujian' yang telah disediakan.
Seramai 7 orang murid telah berjaya diberikan username dan password:
1. Nur Filzah - ada kemudahan internet di rumah.
2. Mohd Amsyar - ada kemudahan internet di rumah.
3. Mohd Syakir - ada kemudahan internet di rumah.
4. Nurul Atiqah  - ada kemudahan internet di rumah.
5. Nur Fatin Izzati- tiada ada kemudahan internet di rumah.
6. Nur Salsabila - tiada ada kemudahan internet di rumah.
5. Nurul Auni- tiada ada kemudahan internet di rumah.
Murid yang tiada kemudahan internet di rumah dinasihati agar menggunakan kemudahan makmal komputer yang akan dibuka setiap hari Sabtu. InsyaAllah.
Murid tahun 6 yang tinggal berhampiran Kg Rahmat digalakkan hadir ke Pusat Komputer Walid untuk akses kepada ZoomA secara percuma.
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas