18000 KUALA KRAI, KELANTAN
_____________________________________________________________________________
Ruj Kami: SKSYP(1)1300-1/2 (2)
Ke majlis, Tarikh : 15 OGOS 2012
Ibubapa/ penjaga Murid Tahun 6.
Sekolah Kebangsaan,
Sultan Yahya Petra 1,
Kuala Krai
Tuan,
PENGGUNAAN PORTAL PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ( ZOOM-A) DALAM CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI ( 16 – 25 OGOS 2012)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk memantau Penggunaan Portal Pembelajaran Interaktif Melalui Internet ( Zoom-A) oleh anak tuan-puan. Khusus untuk murid tahun 6, adalah diharapkan semua soalan UPSR 2005 – 2011 yang terdapat dalam portal berkenaan, dapat dibuat latihan/ujian yang disediakan.
3. Untuk membantu anak tuan/puan memanfaatkan sepenuhnya portal Zoom-A, makmal komputer akan dibuka pada hari-hari berikut:
Tarikh : 22 - 25 Ogos 2012 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12 tengahari
Tempat: Makmal Komputer Atas
4. Sebarang masalah berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi Cikgu Ishak b Hamat, Penyelaras Zoom-A ( 017-9683612).
Kerjasama dari tuan/puan amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.
Sekian, dimaklumkan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
________________________
(ROZNAN B MOHD NOOR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1,
Kuala Krai, Kelantan
s.k
Fail
LAPORAN:
Tarikh : 22 Ogos 2012
Hari : Rabu:
Masa : 9.00 - 12 tgh
Tempat : Makmal Komputer Atas
Sasaran : Calon UPSR 2012
Kehadiran : TIADA
Tarikh : 23 Ogos 2012
Hari : Khamis
Masa : 9.00 - 12 tgh
Tempat : Makmal Komputer Atas
Sasaran : Calon UPSR 2012
Kehadiran : TIADA
Tarikh : 24 Ogos 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 - 12 tgh
Tempat : Makmal Komputer Atas
Sasaran : Calon UPSR 2012
Kehadiran : TIADA
Tarikh : 25 Ogos 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 12 tgh
Tempat : Makmal Komputer Atas
Sasaran : Calon UPSR 2012
Kehadiran : TIADA
KESIMPULAN / RUMUSAN:
SEBARANG PROGRAM ZOOM-A TIDAK PERLU DIADAKAN KECUALI JIKA ADA PERMINTAAN DARI PANITIA, GURU-GURU ATAU MURID.
No comments:
Post a Comment