Friday, February 24, 2012

Transfer Bayaran Menggunakan CIMB Cliks

Transfer bayaran tahunan dengan menggunakan sistem yang disediakan dalam portal Zoom-A rupa-rupanya hanya dibenarkan jika brouser mozilla firefox digunakan. Patutlah selama ini, agak bermasalah untuk menggunakan sistem ini kerana selama ini aku gunakan Google Chrome.



Tarikh Bayar Kepada No. Rujukan Untuk T1 T2 T3 T4 T5 T6 Jumlah (RM) Jumlah Semak
1.2010-07-27 OneTouch 316248 2010 40 400 OK
2.2011-02-09 OneTouch 1515 2011 45 450 OK
3.2011-02-28 OneTouch 059145 2011 1 2 1 40 OK
4.2011-03-07 OneTouch 412640 2011 2 20 OK
5.2011-03-10 OneTouch 1652 2011 1 2 30 OK
6.2011-03-29 OneTouch 96354358 2011 3 1 40 OK
7.2011-03-30 OneTouch 96442362 2011 2 20 OK
8.2011-03-30 OneTouch 96411796 2011 1 1 1 30 OK
9.2011-04-04 OneTouch 96650957 2011 2 20 OK
10.2011-04-07 OneTouch 96766376 2011 2 20 OK
11.2011-12-02 OneTouch 95989100 2012 2 3 10 15 300 OK
12.2011-12-22 OneTouch 96789634 2012 7 5 5 5 3 250 OK
13.2012-01-07 OneTouch 4801 2012 1 1 20 OK
14.2012-01-11 OneTouch 6005 2012 4 40 OK
15.2012-01-16 OneTouch 7433 2012 3 11 6 200 OK
16.2012-01-17 OneTouch 7778 2012 2 10 120 OK
17.2012-01-18 OneTouch 8122 2012 10 100 OK
18.2012-01-19 OneTouch 8510 2012 1 14 15 300 OK
19.2012-01-24 OneTouch 0452 2012 5 50 OK
20.2012-01-28 OneTouch 0273 2012 1 1 20 OK
21.2012-01-30 OneTouch 3164 2012 5 3 2 100 OK
22.2012-02-01 OneTouch 2018 2012 3 2 50 OK
23.2012-02-03 OneTouch 4791 2012 5 1 60 OK
24.2012-02-04 OneTouch 98721303 2012 8 80 OK
25.2012-02-05 OneTouch 98740724 2012 3 30 OK
26.2012-02-06 OneTouch 3668 2012 2 2 3 70 OK
27.2012-02-09 OneTouch 4931 2012 3 1 1 50 OK
28.2012-02-12 OneTouch 5789 2012 1 1 3 50 OK
29.2012-02-13 OneTouch 6135 2012 1 2 2 50 OK
30.2012-02-14 OneTouch 6563 2012 9 90 OK
31.2012-02-17 OneTouch SMDE0MTk1 2012 9 90 OK
32.2012-02-19 OneTouch SMDE0Mjkw 2012 6 60 OK
33.2012-02-21 OneTouch SMDE0NDk1 2012 3 30 OK
Jumlah: 11 9 38 59 68 143 3280



Pelajar:
Tiada  (Bayaran-bayaran yang dibuat oleh pelajar-pelajar dengan online secara terus)

Thursday, February 23, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZOOM-A bersama IBUBAPA / PENJAGA MURID TAHAP 1 2012





Laporan Setiausaha:
Pendaftaran bermula agak tidak teratur kerana ibubapa mula hadir pada jam 10.30 sedangkan guru yang bertugas untuk pendaftaran belum bersedia di meja yang ditetapkan. Mungkin kerana guru yang terlibat masih di kelas masing-masing.  Ini kerana proses p&p di kelas berjalan seperti biasa. 
Walaupun beberapa orang ibubapa hadir awal, keseluruhan kehadiran agak tidak memuaskan kerana menjelang majlis dimulakan jam 11 pagi hanya 80 orang ibubapa yang hadir dari sasaran 150 orang. Kehadiran sepatutnya melebihi 170 orang kerana sasaran sebenar ialah semua ibubapa murid tahap 2. Jumlah murid tahap 2 adalah spt berikut :
1. Tahun 6 Bestari - 33 orang
2. Tahun 6 Cerdas - 28 orang
3. Tahun 6 Pintar -  22 orang
4. Tahun 5 Bestari - 33 orang
5.  Tahun 5 Cerdas - 33 orang
6. Tahun 5 Pintar -  24 orang
7. Tahun 4 Bestari -  36 orang
8. Tahun 4 Cerdas -  26 orang
9. Tahun 4 Pintar -  33 orang.
Jumlah Murid Tahap 2 - 274 orang
Jumlah ibubapa penjaga murid tahap 2 = 177 orang
Ibubapa yang mendaftar diberikan Sebuah Buku Teroka Zoom-A dan sebuah Buku Bitara bersama Zoom-A. Mereka juga dibekalkan dengan surat rayuan mohon derma melengkapkan Bilik Akses serta satu brang kaji selidik untuk memantapkan program Zoom-A di SKSYP1.

Perjalanan Majlis
Majlis dimulakan pada jam 11 pagi. Memandangkan kehadiran ibubapa yang tidak memuaskan, urid tahun 6 diminta ke dewan untuk memenuhi tempat-tempat yang masih kosong.
Guru Besar; En Roznan b Mohd Noor memulakan majlis dengan ucapan perasmian pelancaran. Beliau antara lain memaklumkan sasaran penyertaan Zoom-A adalah semua murid Kelas 6,5 dan 4 Bestari. Ibubapa diminta agar memastikan akan-anak mereka mendaftar dengan Zoom-A dengan Bayaran Tahunan sebanyak RM10.00 sahaja.
Majlis diteruskan dengan penerangan tentang kandungan portal Zoom-A. Murid-murid diberi penerangan tentang penggunaan latihan-latihan yang terdapat dalam portal Zoom-A. Hadiah-hadiah berupa beg sandang diberikan kepada murid-murid yang berjaya menjawab latihan yang diberikan. Penyertaan murid-murid sangat  menggalakkan. Penerangan yang lebih banyak memfokaskan kepada murid menyebabkan sebahagian ibubapa mula meninggalkan dewan. Alasan tugasan kerja boleh diterima. Seorang demi seorang meminta izin untuk kembali bertugas. Adalah dimaklumi sebahagian mereka adalah tenaga-tenaga penting ditempat bertugas masing-masing. Ada antara yang memohon keizinan untuk meninggalkan majlis lebih awal ialah pegawai polis, pegawai bomba, doktor dan jururawat. Komitmen mereka untuk meninggalkan seketika kerja masing-masing dan datang meraikan majlis yang diadakan sangat dihargai.
Penerangan dari En Fazli dengan dibantu oleh staf One Touch Edu berakhir jam 1.15 ptg. Walaupun sessi soaljawab disediakan, ibubapa tidak memanfaatkan sessi yang disediakan. Mereka kemudiannya lebih suka bertanya terus masalah kepada saya selaku Penyelaras Zoom-A sekolah. 
Disamping melayan pertanyaan ibubapa, saya juga sibuk menerima bayaran Rekod Teroka Zoom-A dan Rekod Bitara bersama Zoom-A iaitu sebanyak RM5.00 untuk seorang murid. Borang kaji selidik juga perlu dipungut. Ada juga ibubapa yang menghulurkan derma untuk melengkapkan bilik akses. Sebahagian besar ibubapa menderma sebanyak RM5.00. Ada juga yang menderma RM200.00 dan RM50.00. Jumlah terkumpul sebanyak RM300.00. Terima kasih kepada ibubapa yang prihatin.
Jamuan ringan disediakan untuk ibubapa banyak yang berlebih, ramai ibubapa balik tanpa menjamah jamuan yang disediakan ditambah pula kehadiran yang kurang memuaskan. Murid-murid yang terlibat dengan program ; tahun 6 dan 5 Bestari dijamu dengan mihun goreng yang disediakan.
Setelah selesai melayani ibubapa saya sempat ke jamuan VIP disediakan di bilik gerakan sekolah untuk meraikan staf One Touch Edu. Sempat berbincang dengan mereka untuk memantapkan lagi program Zoom-A. Sepuluh keping kupon Zoom-A dibeli dengan harga RM100.00 untuk topup murid-murid yang mungkin mendaftar kemudian.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kita diberkati Allah. InsyaAllah.

Tuesday, February 14, 2012

Kesilapan dalam update bayaran

Hari ini 14 Februari 2012, Selasa - seramai 9 orang murid tahun 3 telah membayar yuran tahunan zoom-a.  Jam 3. 30ptg telah di bankin kan sebanyak RM90 ke CIMB. Menjelang hampir maghrib, telah diuploadkan resit bayaran melalui portal zoom-a, malangnya, tersilap minta tiket untuk murid tahun 4. Maknanya murid tahun 3 yang baru membuat bayaran tidak akan dapat diupdatekan dalam tempoh sehari dua ini dan tiket tahun 4 pula berlebihan berbanding bayaran yang telah dibuat. Sehingga kini tiket tahun 2 juga telah terlebih sebanyak 2 tiket sejak dua minggu yang lalu.
Moralnya, pada tahun-tahun mendatang, PIBG perlu mendahulukan bayaran agar guru penyelaras zoom-a tidak terbeban dengan masalah menjenguk mesin  di bank untuk masukkan duit setiap hari. Penyelaras pula perlu berhati-hati bila membuat bayaran melalui portal zoom-a dengan menyemak maklumat perlu dengan berhati-hati.

Bayaran Tahunan Pada 14 Februari 2012 - RM90


Bayaran untuk 9 orang murid tahun 4

Sunday, February 12, 2012

Bayaran Tahunan Pada 12 Feb 2012 - RM50.00

Pendaftaran untuk:
a.1 orang murid tahun 3
b. 1 orang murid tahun 5
c. 3 orang murid tahun 6

Friday, February 10, 2012

Program Pemantapan Zoom-A Tahun 6 Pintar 2012

Tarikh : 11 Feb 2012
Tempat : Makmal Komputer Bawah
Hari : Sabtu
Masa : 10.43 - 11.45

PK1 - Pn Hjh Zawah ingin memanfaatkan Program Zoom-A kepada murid 6 Pintar. Kebetulan persiapan sedang dibuat untuk prog Pemantapan Zoom-A tahun 3 Bestari. Menghargai komitmen PK1 dengan Zoom-A, program asal ditunda dan murid tahun 6 P dibimbing untuk lebih mantap menggunakan Zoom-A. PK1 sentiasa bersama-sama.

Pengisian:
1. Menyemak murid yang belum mendaftar dan menasihati mreka supaya mendaftar dengan bayaran RM10.00 setahun.
2. Merekod latihan dalam rekod Teroka Zoom-A. Murid yang belum mempunyai Buku Rekod Teroka Zoom-A telah diagihkan dengan RTZ.
3. Membimbing murid merekod latihan menggunakan RTZ dengan betul.

Catatan:
1. Hanya 12 orang murid yang telah mendaftar dengan Zoom-A. Seorang telah mendaftar pada hari ini.
2. 9 orang masih bemul mendaftar.
3. 5 orang telah diagihkan RTZ

Program Pemantapan Zoom-A Tahun 3 Bestari 2012

Tarikh ; 11 feb 2012    Hari : Sabtu              Masa : 12.15 - 12.45 tgh
Tempat : Makmal Komputer Bawah

Pengisian:
1. Teroka Portal Zoom-A - menjawab latihan Matematik dengan menggunakan akaun Mohd Ammar Zaki.
2. Menerangkan kelebihan Zoom-A dan menggalakkan murid mendaftar dengan Zoom-A.
3. Menerangkan cara menggunakan aplikasi terjemahan Google untuk menterjemah soalan Matematik dalam B Inggeris.
4. Memaklumkan bahawa cuma 2 orang sahaja murid 3B yang telah mendaftar dengan Zoom-A
5. Murid yang telah mendaftar terlupa user id dan password. Buku Teroka Zoom-A tertinggal.

Terima kasih kepada Cikgu May Leng kerana membenarkan masa MZnya digunakan untuk prog pemantapan Zoom-A.  TERIMA KASIH CIKGU!