Laporan Setiausaha:
Pendaftaran bermula agak tidak teratur kerana ibubapa mula hadir pada jam 10.30 sedangkan guru yang bertugas untuk pendaftaran belum bersedia di meja yang ditetapkan. Mungkin kerana guru yang terlibat masih di kelas masing-masing. Ini kerana proses p&p di kelas berjalan seperti biasa.
Walaupun beberapa orang ibubapa hadir awal, keseluruhan kehadiran agak tidak memuaskan kerana menjelang majlis dimulakan jam 11 pagi hanya 80 orang ibubapa yang hadir dari sasaran 150 orang. Kehadiran sepatutnya melebihi 170 orang kerana sasaran sebenar ialah semua ibubapa murid tahap 2. Jumlah murid tahap 2 adalah spt berikut :
1. Tahun 6 Bestari - 33 orang
2. Tahun 6 Cerdas - 28 orang
3. Tahun 6 Pintar - 22 orang
4. Tahun 5 Bestari - 33 orang
5. Tahun 5 Cerdas - 33 orang
6. Tahun 5 Pintar - 24 orang
7. Tahun 4 Bestari - 36 orang
8. Tahun 4 Cerdas - 26 orang
9. Tahun 4 Pintar - 33 orang.
Jumlah Murid Tahap 2 - 274 orang
Jumlah ibubapa penjaga murid tahap 2 = 177 orang
Ibubapa yang mendaftar diberikan Sebuah Buku Teroka Zoom-A dan sebuah Buku Bitara bersama Zoom-A. Mereka juga dibekalkan dengan surat rayuan mohon derma melengkapkan Bilik Akses serta satu brang kaji selidik untuk memantapkan program Zoom-A di SKSYP1.
Perjalanan Majlis
Majlis dimulakan pada jam 11 pagi. Memandangkan kehadiran ibubapa yang tidak memuaskan, urid tahun 6 diminta ke dewan untuk memenuhi tempat-tempat yang masih kosong.
Guru Besar; En Roznan b Mohd Noor memulakan majlis dengan ucapan perasmian pelancaran. Beliau antara lain memaklumkan sasaran penyertaan Zoom-A adalah semua murid Kelas 6,5 dan 4 Bestari. Ibubapa diminta agar memastikan akan-anak mereka mendaftar dengan Zoom-A dengan Bayaran Tahunan sebanyak RM10.00 sahaja.
Majlis diteruskan dengan penerangan tentang kandungan portal Zoom-A. Murid-murid diberi penerangan tentang penggunaan latihan-latihan yang terdapat dalam portal Zoom-A. Hadiah-hadiah berupa beg sandang diberikan kepada murid-murid yang berjaya menjawab latihan yang diberikan. Penyertaan murid-murid sangat menggalakkan. Penerangan yang lebih banyak memfokaskan kepada murid menyebabkan sebahagian ibubapa mula meninggalkan dewan. Alasan tugasan kerja boleh diterima. Seorang demi seorang meminta izin untuk kembali bertugas. Adalah dimaklumi sebahagian mereka adalah tenaga-tenaga penting ditempat bertugas masing-masing. Ada antara yang memohon keizinan untuk meninggalkan majlis lebih awal ialah pegawai polis, pegawai bomba, doktor dan jururawat. Komitmen mereka untuk meninggalkan seketika kerja masing-masing dan datang meraikan majlis yang diadakan sangat dihargai.
Penerangan dari En Fazli dengan dibantu oleh staf One Touch Edu berakhir jam 1.15 ptg. Walaupun sessi soaljawab disediakan, ibubapa tidak memanfaatkan sessi yang disediakan. Mereka kemudiannya lebih suka bertanya terus masalah kepada saya selaku Penyelaras Zoom-A sekolah.
Disamping melayan pertanyaan ibubapa, saya juga sibuk menerima bayaran Rekod Teroka Zoom-A dan Rekod Bitara bersama Zoom-A iaitu sebanyak RM5.00 untuk seorang murid. Borang kaji selidik juga perlu dipungut. Ada juga ibubapa yang menghulurkan derma untuk melengkapkan bilik akses. Sebahagian besar ibubapa menderma sebanyak RM5.00. Ada juga yang menderma RM200.00 dan RM50.00. Jumlah terkumpul sebanyak RM300.00. Terima kasih kepada ibubapa yang prihatin.
Jamuan ringan disediakan untuk ibubapa banyak yang berlebih, ramai ibubapa balik tanpa menjamah jamuan yang disediakan ditambah pula kehadiran yang kurang memuaskan. Murid-murid yang terlibat dengan program ; tahun 6 dan 5 Bestari dijamu dengan mihun goreng yang disediakan.
Setelah selesai melayani ibubapa saya sempat ke jamuan VIP disediakan di bilik gerakan sekolah untuk meraikan staf One Touch Edu. Sempat berbincang dengan mereka untuk memantapkan lagi program Zoom-A. Sepuluh keping kupon Zoom-A dibeli dengan harga RM100.00 untuk topup murid-murid yang mungkin mendaftar kemudian.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kita diberkati Allah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment