Monday, February 6, 2012

Program Bimbingan Intensif Zoom-A 2012

Tarikh : 6 Februari 2012
Masa: 1.45 - 2.45 ptg
Tempat : Makmal Komputer Bawah
Kelas : 6 Cerdas

Dalam perancangan memang Zoom-A akan mengadakan Program Intensif khusus untuk tahun 6 demi memantapkan lagi penggunaan Portal Zoom-A.
 Semasa waktu rehat ( 10.15-10.45 pagi) aku berkesempatan memanggil Tuan Norlis Dalisa, tahun 6 Cerdas untuk memaklumkan user id dan p/w zoom-a dan score A. Tuan Norlis Dalisa adalah satu-satunya murid yang menyertai program pembelajaran online anjuran GPMS dan Score A. Setelah dimaklumkan user id dan password zoom-a dan juga score A, Tuan Norlis diminta menyiapkan satu latihan BM yg terdapat dalam portal Zoom-A.
Aku meninggalkan Tuan Norlis menyiapkan latihan zoom-anya di bilik setiausaha peperiksaan dan aku terus ke bilik PK1 untuk mencetak jadual bilik komputer yang telah disiapkan semalam tetapi tidak dapat dicetak kerana printer di rumah kehabisan dakwat. Semasa di bilik Setiausaha Peperiksaan inilah aku terpandang jadual kelas tambahan tahun 6 yang bermula hari ini. Sebelum ke bilik PK1 utk mencetak jadual aku ke kelas 6C untuk memaklumkan kepada murid agar mereka memaklumkan kepada Cikgu Norfaiza yang aku minta mereka ke makmal untuk belajar dengan menggunakan Zoom-A.
Ternyata kemudiannya yang Cikgu Norfaiza telah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk sesuatu urusan dan aku secara tidak diizinkan telah mengganti tempatnya untuk mengandalikan kelas tambahan tahun 6 Cerdas.
Begitulah adanya......

No comments:

Post a Comment