Wednesday, October 13, 2010

Agihan Surat Tawaran Rasmi Untuk Penggunaan Program Zoom A

Pada 13 Oktober ( Rabu) seramai 8 orang murid tahun 5 Bestari telah diberikan surat Tawatan Rasmi Untuk Pengunaan Program Zoom A. Surat tawaran ini diharapkan akan memudahkan murid berkenaan melayari web zoom A kerana didalam surat tawaran tersebut dinyatakan beberapa panduan untuk tujuan berkenaan.
Sebelum ini murid hanya diberikan id dan password secara lisan ( murid mencatat sendiri). Memandangkan sehingga kini masih terdapat sebahagian besar murid yang telah diberikan id dan password masih belum login dengan menggunakan maklumat yang diberikan ( maklumat berdasarkan pemantauan online), berkemungkinan besar murid masih belum memahami cara login yang betul.
Sehingga hari ini masih terdapat ramai murid yang belum menyerahkan borang kaji selidik keupayaan ICT dan borang permohanan menggunakan Zoom A. Tinjauan ke kelas 5 bestari tengah hati tadi mendapati tida kurang 10 orang murid yang belum menghantar borang dengan pelbagai alasan. Ada yang sudah hilang, ada yang tertinggal dan ada yang baru dihantar bila nama dipanggil.
Sepekara yang menarik, terdapat seorang murid yang mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah tetapi menolak tawaran untuk menggunakan program zoom a.

No comments:

Post a Comment