Hari ini 20 Oktober 2010 , pada jam 12.30 - 1.15 tgh, urusan login ke Zoom A terpaksa dilakukan di dalam kelas. Seorang demi seorang murid tahun 5 Pintar yang mempunyai kemudahan internet di rumah, diajar login ke Zoom A dengan menggunakan user id dan password yang diberikan. Sebahagian dari murid tersebut sebenarnya telah diberikan user id dan password. Beberapa kekangan yang mungkin dialami yang menyebabkan murid berkenaan gagal login ke zoom a ialah masalah hubungan internet ( broadband) yang perlahan atau ketiadaan masa atau ketidakcaknaan pihak-pihak yang sepatutnya.
Hanya 6 orang sahaja murid tahun 5 Pintar yang mempunyai kemudahan internet di rumah dan tentunya hanya mereka sahaja yang dibenarkan menggunakan program zoom a, sekurang-kurangnya untuk tahun ini.
Sehingga jam 9.30 malam ini, jumlah murid yang telah login ialah 27 orang sahaja. 18 orang murid yang masih belum login.
No comments:
Post a Comment